Monday, February 16, 2009

SENTUHAN RASA

dah lama aku tak update blog ni..huh sibuk je dgn tugasan harian.K kali ni aku akan paparkan banyak topik menarik untuk anda,aku dah dapat banyak bahan yang cukup menarik untuk di kongsi bersama..
tq..

Friday, October 24, 2008

Cuba nak tumpukan Pada Kampung sahaja..

Apa pun aku akan cuba tumpukan pada kampung sahaja..
jumpa lagi..




Monday, September 22, 2008

Kampung Seegar ke Bazar Ramadan



Bazar Ramadan Di Semanggol.Perak


Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan... syukur kita pada tuhan yang maha kaya kerana kita masih lagi dapat meneruskan ibadat berpuasa pada tahun ini, berbanyaklah kita bersyukur....
XPDC Seegar kampungku akan menjelajah Bazar Ramadan Sekitar Daerah Kerian dan Larut Matang, Perak ..Ikutilah bingkisan dari Seegar Kampong ku...

Salam Bahagia di pagi Ramadan..





Terima Kasih sahabat ku sekelian...Teruskanlah perjuangan mu.., harapan ku agar kamu semua terus maju diri dan mencapai impian masing-masing.Berusahalah selagi hayat di kandung badan...

Didiklah anak-anak bangsa kita agar tidak ketinggallan...

Sekian lah.. Salam Bahagia Di Pagi Ramadan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...

Tuesday, September 16, 2008

Kembali Setelah Hilang..

Assalamualaikum sahabat pembaca-pembaca blog Seegar Kampung ku..

Setelah sekian lama aku menghilang kini muncul kembali, tak kemana pun..cuma sibuk dengan tugas harian.. Ada berita sedih juga, Laptop aku dah rosak teruk..tak boleh nak guna intenet langsung, kecewa yang teramat sangat. Macam hilang sesuatu yang paling berharga..huh..

Tak pa, aku masih ada ruang untuk meneruskan perjuangan..hehe, kat opis baru aku la..ops! masih rahsia untuk umum.Aku tengah setup satu opis di Taiping, lokasi..., is ok akan di beritahu kemudian. Apa pun aku ada cerita menarik tentang kampung di bulan ramadan ini..tunggu..

Wednesday, August 6, 2008

KISAH BENAR..!!!

Saya pasti anda pernah mendengar nama Thomas Edison. Beliau
merupakan seorang "pakar fiziK" yang mampu menghasilkan bulb. Saya
masih ingat lagi ketika sekolah rendah dimana cikgu saya
menceritakan tentang beliau. Nampaknya, olahan cikgu kurang menarik
kerana hanya mengaitkan Sains dengan kejayaan beliau. Sebenarnya
Thomas Edison ini merupakan seorang usahawan yang menarik untuk
kita kaji.

Ketika dahulu cikgu saya mengatakan beliau berjaya kerana beliau
belajar bersungguh-sungguh dan cikgu juga berpesan kepada saya agar
saya belajar bersungguh-sungguh. "Belajarlah bersungguh-sungguh
supaya kamu dapat keputusan peperiksaan yang bagus. Nanti besar
kamu akan mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan" kata
cikgu saya. Setelah saya membaca kisah Thomas Edison yang
sebenar... saya terkejut!

Sebenarnya sebelum beliau, sudah terdapat beberapa orang yang
menghasilkan bulb. Namun, bulb tersebut tidak praktikal kerana
tidak mampu menyala dalam tempoh yang lama. Selain itu, para
pencipta tersebut tidak nampak nilai komersial bulb tersebut.
Dengan kata lain, para pencipta sebelum beliau tak nampak bahawa
bulb ini boleh menghasilkan wang! Mereka tidak tahu bagaimana ingin
menukarkan bulb yang berguna tersebut kepada perniagaan.

Cikgu saya juga tidak memberitahu bahawa beliau merupakan seorang
billionaire yang dibuang sekolah! Beliau dibuang sekolah kerana
dianggap tidak cukup bijak untuk belajar dan berjaya di sekolah.
Selepas beliau dibuang sekolah... beliau telah menjaja dan menjadi
salah seorang usahawan muda. Semasa inilah beliau belajar untuk
menganalisa peluang-peluang bisnes sebelum menjadi perintis kepada
bulb. Beliau juga mengasaskan salah General Electric yang
membuatkan masyarakat dapat menggunakan bulb yang beliau hasilkan.

Inilah realiti kisah seorang perintis secara ringkas. Jika cerita
ini yang diceritakan oleh cikgu saya dulu, sudah pasti lebih cepat
saya akan memulakan perniagaan sendiri. Lihatlah, tiada apa yang
mustahil di dunia ini! Saya rasa anda semua patut melihat
tokoh-tokoh yang berjaya dalam sudut bisnes! Barulah anda akan
lebih bersemangat.