Saturday, April 19, 2008

KUBU TENTERA JEPUN..


Aku sempat juga singgah di Kubu Tentera Jepun di sebelahan jalan, terdapat beberapa buah lagi di sepanjang jalan.Syukur kerana ia masih terpelihara walaupun terdapat sedikit ubah suai dan kesan baik pulih.Terima kasih dan syabas pada kerajaan negeri Johor.
Aku cuba bayangkan kehidupan tentera jepun pada ketika itu. 1941-1945 ..memang perik,tekanan mereka di negara orang.Terpaksa ikut arahan.Memang mereka terkenal dengan kekejaman, tetapi mereka juga terkenal dengan displin yang cukup tinggi dan patuh pada arahan ketua.
Mereka sanggup tinggal dalam ruang yang sempit.Tapi dalam ruang sempit tersebut ia lengkap dengan semua keperluan.Ruang bawah untuk berehat dan memasak makanan manakala ruang atas untuk berkawal dengan senjata.
Itu lah infomasi yang dapat kita kongsi bersama...jadi jaga dan peliharalah kesan-kesan sejarah di negara kita ini..Aku harap semua pembaca blog seegar kampong ku sehati sejiwa dengan aku..hehe macam otai je..
anda boleh emailkan pada aku apa saja gambar yang berunsur sejarah serta nota ceritanya sekali..kali ini aku tawarkan hadiah pada sesapa yang memang best punya real story.


XPDC JELAJAH SELATAN MALAYSIA BERSAMA SEEGAR..



Assalamualaikum..pembaca blog sekelian, kali ini aku bawa anda bersama-sama ke selatan tanah air.Kita ber XPDC di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.Banyak pengalaman yang menarik di sepanjang xpdc ini.Ni lah pertama kali aku rasa free sikit.Kalau ikut jadual kerja betul-betul,alamat tak da harapan la nak rasa benda camni..mula-mula kami ke JB,malam baru sampai,lebih kurang 7 jam perjalanan dari Taiping.Tempat mula aku dan sahabat ku singgah di JB ialah sempandan Malaysia dan Singapura. Seronok juga sekali-sekali berXPDC macam ni.Tengok tempat orang.



Setelah selesai urusan di JB, esok petangnya aku ke Kota Tinggi.Aku minta maaf sebab tarikh dan waktu dalam gambar tu tak dibetulkan waktu ia di ambil..sepatutnya 16/04/2008 jam 10.45 malam..hehehe..tak sempat nak lawat muzium Kota Tinggi, tension-tension.

17/04/2008 4.23 pm

17/04/2008 4.26 pm