Wednesday, August 6, 2008

KISAH BENAR..!!!

Saya pasti anda pernah mendengar nama Thomas Edison. Beliau
merupakan seorang "pakar fiziK" yang mampu menghasilkan bulb. Saya
masih ingat lagi ketika sekolah rendah dimana cikgu saya
menceritakan tentang beliau. Nampaknya, olahan cikgu kurang menarik
kerana hanya mengaitkan Sains dengan kejayaan beliau. Sebenarnya
Thomas Edison ini merupakan seorang usahawan yang menarik untuk
kita kaji.

Ketika dahulu cikgu saya mengatakan beliau berjaya kerana beliau
belajar bersungguh-sungguh dan cikgu juga berpesan kepada saya agar
saya belajar bersungguh-sungguh. "Belajarlah bersungguh-sungguh
supaya kamu dapat keputusan peperiksaan yang bagus. Nanti besar
kamu akan mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan" kata
cikgu saya. Setelah saya membaca kisah Thomas Edison yang
sebenar... saya terkejut!

Sebenarnya sebelum beliau, sudah terdapat beberapa orang yang
menghasilkan bulb. Namun, bulb tersebut tidak praktikal kerana
tidak mampu menyala dalam tempoh yang lama. Selain itu, para
pencipta tersebut tidak nampak nilai komersial bulb tersebut.
Dengan kata lain, para pencipta sebelum beliau tak nampak bahawa
bulb ini boleh menghasilkan wang! Mereka tidak tahu bagaimana ingin
menukarkan bulb yang berguna tersebut kepada perniagaan.

Cikgu saya juga tidak memberitahu bahawa beliau merupakan seorang
billionaire yang dibuang sekolah! Beliau dibuang sekolah kerana
dianggap tidak cukup bijak untuk belajar dan berjaya di sekolah.
Selepas beliau dibuang sekolah... beliau telah menjaja dan menjadi
salah seorang usahawan muda. Semasa inilah beliau belajar untuk
menganalisa peluang-peluang bisnes sebelum menjadi perintis kepada
bulb. Beliau juga mengasaskan salah General Electric yang
membuatkan masyarakat dapat menggunakan bulb yang beliau hasilkan.

Inilah realiti kisah seorang perintis secara ringkas. Jika cerita
ini yang diceritakan oleh cikgu saya dulu, sudah pasti lebih cepat
saya akan memulakan perniagaan sendiri. Lihatlah, tiada apa yang
mustahil di dunia ini! Saya rasa anda semua patut melihat
tokoh-tokoh yang berjaya dalam sudut bisnes! Barulah anda akan
lebih bersemangat.