Friday, October 24, 2008

Cuba nak tumpukan Pada Kampung sahaja..

Apa pun aku akan cuba tumpukan pada kampung sahaja..
jumpa lagi..




Monday, September 22, 2008

Kampung Seegar ke Bazar Ramadan



Bazar Ramadan Di Semanggol.Perak


Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadan... syukur kita pada tuhan yang maha kaya kerana kita masih lagi dapat meneruskan ibadat berpuasa pada tahun ini, berbanyaklah kita bersyukur....
XPDC Seegar kampungku akan menjelajah Bazar Ramadan Sekitar Daerah Kerian dan Larut Matang, Perak ..Ikutilah bingkisan dari Seegar Kampong ku...

Salam Bahagia di pagi Ramadan..





Terima Kasih sahabat ku sekelian...Teruskanlah perjuangan mu.., harapan ku agar kamu semua terus maju diri dan mencapai impian masing-masing.Berusahalah selagi hayat di kandung badan...

Didiklah anak-anak bangsa kita agar tidak ketinggallan...

Sekian lah.. Salam Bahagia Di Pagi Ramadan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...

Tuesday, September 16, 2008

Kembali Setelah Hilang..

Assalamualaikum sahabat pembaca-pembaca blog Seegar Kampung ku..

Setelah sekian lama aku menghilang kini muncul kembali, tak kemana pun..cuma sibuk dengan tugas harian.. Ada berita sedih juga, Laptop aku dah rosak teruk..tak boleh nak guna intenet langsung, kecewa yang teramat sangat. Macam hilang sesuatu yang paling berharga..huh..

Tak pa, aku masih ada ruang untuk meneruskan perjuangan..hehe, kat opis baru aku la..ops! masih rahsia untuk umum.Aku tengah setup satu opis di Taiping, lokasi..., is ok akan di beritahu kemudian. Apa pun aku ada cerita menarik tentang kampung di bulan ramadan ini..tunggu..

Wednesday, August 6, 2008

KISAH BENAR..!!!

Saya pasti anda pernah mendengar nama Thomas Edison. Beliau
merupakan seorang "pakar fiziK" yang mampu menghasilkan bulb. Saya
masih ingat lagi ketika sekolah rendah dimana cikgu saya
menceritakan tentang beliau. Nampaknya, olahan cikgu kurang menarik
kerana hanya mengaitkan Sains dengan kejayaan beliau. Sebenarnya
Thomas Edison ini merupakan seorang usahawan yang menarik untuk
kita kaji.

Ketika dahulu cikgu saya mengatakan beliau berjaya kerana beliau
belajar bersungguh-sungguh dan cikgu juga berpesan kepada saya agar
saya belajar bersungguh-sungguh. "Belajarlah bersungguh-sungguh
supaya kamu dapat keputusan peperiksaan yang bagus. Nanti besar
kamu akan mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan" kata
cikgu saya. Setelah saya membaca kisah Thomas Edison yang
sebenar... saya terkejut!

Sebenarnya sebelum beliau, sudah terdapat beberapa orang yang
menghasilkan bulb. Namun, bulb tersebut tidak praktikal kerana
tidak mampu menyala dalam tempoh yang lama. Selain itu, para
pencipta tersebut tidak nampak nilai komersial bulb tersebut.
Dengan kata lain, para pencipta sebelum beliau tak nampak bahawa
bulb ini boleh menghasilkan wang! Mereka tidak tahu bagaimana ingin
menukarkan bulb yang berguna tersebut kepada perniagaan.

Cikgu saya juga tidak memberitahu bahawa beliau merupakan seorang
billionaire yang dibuang sekolah! Beliau dibuang sekolah kerana
dianggap tidak cukup bijak untuk belajar dan berjaya di sekolah.
Selepas beliau dibuang sekolah... beliau telah menjaja dan menjadi
salah seorang usahawan muda. Semasa inilah beliau belajar untuk
menganalisa peluang-peluang bisnes sebelum menjadi perintis kepada
bulb. Beliau juga mengasaskan salah General Electric yang
membuatkan masyarakat dapat menggunakan bulb yang beliau hasilkan.

Inilah realiti kisah seorang perintis secara ringkas. Jika cerita
ini yang diceritakan oleh cikgu saya dulu, sudah pasti lebih cepat
saya akan memulakan perniagaan sendiri. Lihatlah, tiada apa yang
mustahil di dunia ini! Saya rasa anda semua patut melihat
tokoh-tokoh yang berjaya dalam sudut bisnes! Barulah anda akan
lebih bersemangat.

Sunday, July 13, 2008

Selamat Datang Sahabat sekelian...

assalamualaikum sahabat ( pelawat blog kampung seegar)...

Selamat Datang aku ucapkan pada semua yang datang ke blog ini..kampung seegar telah berubah dari segi penampilan..imej,bahan,berita,maklumat atau apa saja yg korang panggil...asalkan ia dapat kasi info menarik..

terima kasih banyak-banyak pada yg sudi berchating...aku ingat nak kasi sesuatu untuk korang pelawat bol ni...mmm apa ye...

Hadiah yang menarik...apa yang paling sesuai..entah la..apa pun korang memang BEST...

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG SEEGAR...

SEEGAR KAMPUNG KU

Friday, July 4, 2008

Perlu jaga makan untuk mata..betul ke..


Mai makan sayur-sayuran.. mata boleh jadi terang, bukan ada cahaya boleh suluh sana sini..cuma terang boleh tengok sana sini kampung dan hutan kita dengan lebih jelas..tak kabur..

Wednesday, July 2, 2008

Semangat Perjuangan Harmoni..


Takkala kita di langgar masalah atau musibah..haruslah kita mencari keredaan dan ketenangan dari yang maha kuasa. Bagi aku, tak perlu kita nak bertengkar atau bergaduh sesama sendiri..rosak diri nanti, tak perlu juga kita lari dari masalah, tak perlu juga kita cakap banyak untuk menampakkan diri kita bermasalah..

Aku cuma nak kongsi dengan pembaca sekelian, memang blog aku ni tak terkenal di mata pembaca blog sekelian. Aku cuma nak KITA termasuk aku, sedar akan permasalahan sekitar kita. Apa kita perlu buat bila banyak sangat manusia yang rakus suka menjahanamkan keindahan atau keharmonian yang telah lama berada di sekeliling kita. Jangan kita buang masa..tampilkan diri untuk berjuang membela alam sekitar kita..


Aku nak tanya pembaca sekelian..

Apa yang kita dapat jika kita abaikan khazanah persekitaran dengan pencemaran dan kemusnahan oleh manusia yang rakus pentingkan diri sendiri ?


Jika tiada lagi Kampung yang wujud..mana nak kita tengok sawah, mana pergi suassana Hari
Raya..?


KEKALKAN SUASANA INI SELAMANYA...

Manusia yang nak jadi kaya, nak nama , nak harta, sanggup buat apa saja..
jika boleh semua nak ditebang, nak di korek, nak digali, nak di palam..jadikan bangunan tinggi buat harta banyak-banyak hingga lupa pada alam yang terlalu indah ini dan teramat penting sangat..untuk kehidupan kita dan dia juga.


Hutan oh hutan kenapa engkau roboh..
macam mana aku tak roboh..
manusia tebang aku..manusia tebang aku..

jika aku terus kan tanya pada manusia..

manusia oh manusia kenapa kau tebang hutan..

manusia tu nak jawab apa? tentu anda tahu kan...

HENTIKAN DAN HAPUSKAN JENAYAH ALAM


Wednesday, June 25, 2008

JOM..JORAN..



JOM JORAN..memang" best" sangat pd yg kaki pancing.. banyak lokasi jadi perhatian, tak kira siang atau malam, semua nk di redahi dan di trokai...janji puas hati dgn hasil yg di perolehi.. ada yg suka sangat bila joran di tarik ikan, aksi yg mendebarkan memelukan kemahiran yg terbaik untuk naik kan ikan ke daratan..

kemahiran tu penting sangat dalam memenpuhi liku-liku cabaran kaki pancing

Friday, June 20, 2008

KUALA GULA, ANTARA YANG MENARIK...


Kuala Gula oh Kuala gula..tempat kaki pancing datang memancing ikan, jauh dari kesibukan kota, tenang dan tenteram. Ini tempat cari ilham..

Banyak bot-bot nelayan yang tertambat di J.T Kuala Gula ni, kerjaya penduduk kat sini semestinya nelayan, best juga jadi nelayan ni..tak ada Bos yang nak marah-marah kalau lewat ke tempat kerja..kat sini sendiri mau ingat je... bila waktu paling sesuai ke laut..hehe

Aku jarang ke sini walaupun tak jauh dari kampung aku. Kadang-kadang jee..bila dah terlampau semak sangat kepala ni, aku tak berapa minat sangat memancing, cuma hobi aku melukis dan ambil gambar..aku nak cari ketenangan yang boleh bagi aku ilham untuk aku hasilkan projek komik dan lukisan hidup aku.

Di Kuala Gula ni banyak jenis burung yang datang berhijrah ke sini, entah dari negara mana pun aku tak pasti..paling banyak yang aku jumpa burung bangau oh bangau, ok la tu dari tak ada langsung.

CINTAILAH ALAM SEKITAR ANDA..ANAK-ANAKLAH KITA BAKAL MEWARISI SEMUA INI...

Wednesday, June 18, 2008

KEKALKAN KEINDAHAN INI BUAT SELAMANYA..

Mendapat ketenangan fikiran jika kita selalu ketempat sebegini..., salah satu cara kita menghilangkan tekanan kerja seharian.., di sini kita berkongsi bersama...

sedikit saja untuk kali ini..hanya sekadar ingin berkongsi...

Tuesday, June 17, 2008

Seegar kampongku akan berubah wajah..

Akan datang blog ini akan berubah wajah, kali ini tidak tertumpu pada pandangan indah kampung ku..saya akan bawa anda keserata kampung,pekan dan bandar..melihat kehidupun manusia, haiwan dan tumbuhan..
Tempat-tempat sejarah serta lokasi pelancongan yang menarik, juga terdapat jenis makanan dan budaya, ubatan dan petua.

Dipaparkan juga info hiburan ...

Monday, June 16, 2008

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN


Alfalfa

Aloe vera


Halia

Tongkat Ali


Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.

Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.

Firman Allah S.W.T

Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

TUMBUHAN HERBA

Pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.

Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.

Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam

Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifoliajack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:

1. menambah tenaga

2. menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.

3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan

4. Mengurangkan keletihan

5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.

Alfalfa

Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.

Aloe vera

Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.

Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.

Halia

Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.

Ginseng

Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan.

Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.

Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.

Cendawan

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.

Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

TUMBUHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA

Kecubung atau Datura metal turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kecubong, terung pengar, terung pungak merupakan tumbuhan yang dilaporkan beracun.tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Tumbuhan ini dikawasan beriklim panas lembab diseluruh dunia. Selain dariapada tumbuh meliar,ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan tradisional.

Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan antara alkaloid yang banyak ditemui didalam buah, daun, ranting dan akar. Biji tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula nyata didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan ini dimakan.

Gejala yang mual kelihatan ialah rasa haus, kering mulut, pembesaran anak mata dan lain-lain lagi. Pada kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi,sawan, koma dan boleh membawa maut.

Walaupun tumbuhan ini beracun, namun beberapa bahagian tumbuhan ini kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan dibahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan lain.

Memandangkan akan kesan toksid yang mungkin berlaku,adalah dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakannya,.

PENUTUP

Dari apa yang dibincangkan diatas ,dapatlah disimpulkan bahawa tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Samaada kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang asli, namun kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi. Tumbuhan herba ini merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Pencipta untuk digunakan oleh sekelian manusia. Yang memerlukan. Yang pentingnya kita mesti berusaha untuk mencari penawar bagi setiap penyakit itu.


Tuesday, May 20, 2008

PiSaNg Oh..pIsAnG...



Salah satu sumber makanan yang paling terkenal di Kampungku...Ada yang tak jemu-jemu makan..ada yang buat cucok kodok, goreng pisang dan macam-macam lagi..

Friday, May 16, 2008



Beginilah keadaan sawah padi yang sejuk mata memandang..aku cuma nak anda semua tengok bertapa indahnya hasil ciptaan tuhan yang maha kaya...

Saturday, May 10, 2008



CERATING OH CERATING...XPDC DI TERUSKAN BERSAMA ABG J.R...(BAJU MERAH).Banyak tempat menarik yang tak sempat kami lawati..sayang seribu kali sayang..


Wednesday, May 7, 2008

KeMuNcULan YanG pASti...




Petang-petang kita selalu juga lepak kat sini..EMPANGAN BUKIT MERAH..cari ilham buat komik untuk majalah mmm..nanti kita kongsi dalam blog ni yee..sekarang masih rahsia..
nak cari ilham ni bukannya senang..kena cari tempat yang power..baru banyak ilham..tunggu kemunculan kartun seegar kampong ku..kisah budak kampung laa..banyak yang menarik, dan banyak yang akan memberi motif alam sekitar kampong kita..jumpa dan jumpa lagi..

Tuesday, May 6, 2008



Rumah ku..kampung ku..Bila tiba petang ... Hujan turun dengan lebatnya..ni lah suasananya..kemerahan..


Monday, May 5, 2008

Kampung ku tetap di hati...

Sejauh mana perjalanan ini..hati ku tetap pada kampung ku..tempat yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan. Jiwa aku dah sebati sangat dengan kehidupan di kampung. Walaupun aku hidup dalam arus kecanggihan teknologi..namun tetap aku bersyukur...jiwa aku tetap seegar di kampong ku..

Bila ada kesempatan..Boleh singgah lagi..


MR.JAMIL sahabat ku..





Masih lagi kembara bersama SEEGAR KAMPONG KU..
Meneruskan perjalanan di tempat bersejarah ,tak lupa juga yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara..

Saturday, April 26, 2008

Kenangan Ku..


makan..oh makan..
aku borong habis kali ni..

Saturday, April 19, 2008

KUBU TENTERA JEPUN..


Aku sempat juga singgah di Kubu Tentera Jepun di sebelahan jalan, terdapat beberapa buah lagi di sepanjang jalan.Syukur kerana ia masih terpelihara walaupun terdapat sedikit ubah suai dan kesan baik pulih.Terima kasih dan syabas pada kerajaan negeri Johor.
Aku cuba bayangkan kehidupan tentera jepun pada ketika itu. 1941-1945 ..memang perik,tekanan mereka di negara orang.Terpaksa ikut arahan.Memang mereka terkenal dengan kekejaman, tetapi mereka juga terkenal dengan displin yang cukup tinggi dan patuh pada arahan ketua.
Mereka sanggup tinggal dalam ruang yang sempit.Tapi dalam ruang sempit tersebut ia lengkap dengan semua keperluan.Ruang bawah untuk berehat dan memasak makanan manakala ruang atas untuk berkawal dengan senjata.
Itu lah infomasi yang dapat kita kongsi bersama...jadi jaga dan peliharalah kesan-kesan sejarah di negara kita ini..Aku harap semua pembaca blog seegar kampong ku sehati sejiwa dengan aku..hehe macam otai je..
anda boleh emailkan pada aku apa saja gambar yang berunsur sejarah serta nota ceritanya sekali..kali ini aku tawarkan hadiah pada sesapa yang memang best punya real story.


XPDC JELAJAH SELATAN MALAYSIA BERSAMA SEEGAR..



Assalamualaikum..pembaca blog sekelian, kali ini aku bawa anda bersama-sama ke selatan tanah air.Kita ber XPDC di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.Banyak pengalaman yang menarik di sepanjang xpdc ini.Ni lah pertama kali aku rasa free sikit.Kalau ikut jadual kerja betul-betul,alamat tak da harapan la nak rasa benda camni..mula-mula kami ke JB,malam baru sampai,lebih kurang 7 jam perjalanan dari Taiping.Tempat mula aku dan sahabat ku singgah di JB ialah sempandan Malaysia dan Singapura. Seronok juga sekali-sekali berXPDC macam ni.Tengok tempat orang.



Setelah selesai urusan di JB, esok petangnya aku ke Kota Tinggi.Aku minta maaf sebab tarikh dan waktu dalam gambar tu tak dibetulkan waktu ia di ambil..sepatutnya 16/04/2008 jam 10.45 malam..hehehe..tak sempat nak lawat muzium Kota Tinggi, tension-tension.

17/04/2008 4.23 pm

17/04/2008 4.26 pm


Wednesday, April 2, 2008

Saturday, March 29, 2008

Kampung Tebok Matau

Seegar kampung ku membawa anda memahami bahasa banjar di kampung tebok matau semanggol..yang menjadi rumah ku sekarang..ayoh kita membaca kalau handal berbahasa BANJAR..

baca dengan sebutan banjar...

CARA-CARA MEMBUAT BENDANG ( VERSI BANJAR )
1. Manampak, Baulah Tanah Langis Awan Malabuh
Amun babandang, sadia urang maninggal gasan pari banih, rampun banih nang di tangahan bandang. Dibiar akan ripo, hanyar dikatam. Gamainya di taruhi diatas gudang. Parak musim handak mamulai babandang hanyar pang diirek, dihilai, diuroi, diasingakan lambukut ,hampa barat, padi banar disukat gantangannya maikut luas tanah nang handak dibandangi.
Sampai harinya, handak marandam, berataan sakariahan baaruh manulak bala, mambawa wadai sabigi rumah sapiring, disaruani tuan gurunya mambaca doa. Malamnya hanyar pang baumbai marandam. Cukup talu hari, randaman dibangkit, dipadat sampai malatik akarnya.
Hari isuknya hanyar belelingai di batas ban, maulah wadah tampakan. Di bawah sakali dilapiki daun nipah, dilapisi pulang awan palapah pisang. Imbahtu hanyar mancabuk belanak, dituyuk satabul-satabul. Talah mancabuk, balanak diratakan. Talah merata, hanyar banih dirubui. Tuntung marubui ditudungi awan daun pisang. Diandaki pulang warangan dihiga tampakan, supaya tampakan kada diudak tikus.
Cukup saminggu tampakan dibuka. Pahadangan tu, di bandang tanah langis atau tampat radihan kana disadia akan. Manarung, purun, katang-katang, kaladi banyu, ranjauan, batang karatan ditajak. Kumpainya dipuntal, ditata di kuliling wadah radihan. Talah baulah tanah langis, hanyar tampakan diungkap sakaping-sakaping babaya dua tabah ganalnya. Imbah tu tampakan dibuat ka dalam tungkah atawa plastik tabal, ditarik ka tampat tanah langis lalu dilabuh barang samalam dua. Esoknya bila pucuk labuhan mulai mungkul, batangnya mulai karas urang gin mulai mulai meradih.

nape terguriheng
macam tu cerita..hehehe..

Friday, March 21, 2008

BiLa CuTi SeKoLaH..




Bila cuti sekolah...kenduri kahwin adalah salah satu aktiviti yang paling meriah di kampung-kampung.Woo!RAMAI NYA....dan yang paling syok sekali si pengantin laa..Kebetulan hari tu anak buah aku yang kahwin..secara automatiknya aku lah yang jadi juru kameranya..hehehee.Aku masuk gambar dia di blog ni untuk kita kongsi bersama-sama.mai layan..